marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Thursday 2 June 2011

Gotong Royong

 
Tarikh  :  18 Mei 2011
Hari  : Rabu
Masa   :   3.00 petang - 5.00 petang
Tempat   :   Praelit SK Lui Muda (f) 

Program gotong royong ini telah dilaksanakan pada hari Rabu dan dimulakan pada pukul 3.00 petang. Program gotong royong ini hanya fokus kepada persekitaran luar prasekolah kerana perlu mengecat balik warna yang pudar, mengubah lanskap bunga dan membakar daun-daun yang gugur. Pihak prasekolah begitu gembira kerana ramai yang datang menolong mengecat tembok di prasekolah hingga siap dicat. Lanskap bunga pula telah diubah untuk pembaharuan daripada sebelumnya supaya ada perubahan pada tahun ini. Program ini telah dibahagikan kepada 3 tempat iaitu murid tahun 6 akan mengecat tembok prasekolah, guru dan waris akan mengubah lanskap dan membakar daun-daun yang gugur.
 Cikgu Susila, Cikgu Noraini dan murid tahun 6
 Encik Shamsudin, Cikgu Noraini dan Puan Noraidah


Cikgu Saiful,Cikgu Rusli,Cikgu Rahimah(GPK Koko) dan Cik Aida


Selepas sahaja selesai program gotong royong, semua yang menolong akan menjamu selera di prasekolah Elit. Pada keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan baik kerana apa yang telah difokuskan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 Guru, Waris dan Murid menjamu selera

No comments:

Post a Comment