marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Thursday 2 June 2011

Sukaneka Hari Guru

Tarikh  :  16 Mei 2011
Hari  :Isnin
Masa   :   7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat   :   Padang dan Dewan SK Lui Muda (f) 

Aktiviti sukaneka telah dimulakan pada pukul 8.15 pagi tetapi sebelum itu terdapat permainan bagi acara guru iaitu bagi guru perempuan ialah permainan bola jaring manakala bagi guru lelaki ialah permainan futsal. Selepas sahaja permainan bagi acara guru ialah sukaneka prasekolah dahulu. Acara sukaneka prasekolah bertumpukan kepada permainan hoki yang menggunakan bola yang besar supaya memudahkan murid membawa dengan menggunakan kayu hoki. Murid telah bermain dengan baik kerana telah diajar seminggu lebih awal supaya murid tidak terlalu takut untuk melakukan sukaneka ini.

 Murid telah bersedia untuk acara sukaneka

Murid sedang melakukan sukaneka hoki bola

Apabila sahaja selesai acara sukaneka dan permainan, murid prasekolah akan masuk ke dewan untuk penyampaian hadiah, persembahan murid, nyanyian guru dan sebagainya. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Kamarudzaman B. Hashim kepada murid-murid prasekolah. Program Hari Guru ini telah bersurai tepat pada pukul 1 petang.


Murid Prasekolah seronok mendapat hadiah sukaneka


No comments:

Post a Comment