marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Sunday 22 May 2011

Jamuan Hari Lahir



Tarikh  :  12 Mei 2011
Hari  :Khamis
Masa   :   10.00 pagi
Tempat   :   Praelit SK Lui Muda (f)

Pada 12 Mei 2011 telah diadakan program jamuan hari lahir bagi murid Praelit. Program ini telah dimulakan pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi iaitu semasa waktu rehat bagi prasekolah. Murid yang hadir seramai 10 orang sahaja dan seorang tidak hadir kerana demam iaitu Farisha Fitrizal. Murid begitu suka meraikan hari jadi kerana terdapat kek dan makanan-makanan yang lain. Murid Praelit telah memulakan dengan bacaan doa makan dan seterusnya menikmati kek yang telah disediakan. Menu pada hari ini ialah nasi ayam dan kek yang telah dipotong. 


Murid Prasekolah menikmati kek yang telah dipotong

 Murid bersama dengan Puan Noraidah Bt Zainal Abidin


Sunday 8 May 2011

Kursus Laman Web Prasekolah 5 Bintang

Tarikh  :  27 - 28 April 2011
Hari  :Rabu dan Khamis
Masa   :   8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat   :   Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu
      Dengan masa yang singkat, kami telah belajar teknik-teknik asas untuk membuat laman web prasekolah yang dibina sebagai langkah untuk melonjak dari 5 bintang ke 6 bintang. Blog prasekolah akan dinilai sebelum cuti bulan 6 ini. Jadi, program yang telah dilaksanakan perlu diletakkan di dalam blog prasekolah untuk penilaian ke 6 bintang.
 

Program Sukaneka Praelit 2011

Tarikh  :  29 Mac 2011
Hari  : Selasa
Masa   :   9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat   :   Padang SK Lui Muda (f) 
     Program sukaneka telah berjalan dengan lancar di mana acara murid prasekolah sebanyak 6 acara dan acara waris sebanyak 2 acara. Empat acara secara berkumpulan dan dua acara secara individu iaitu makan buah dan kerusi muzik.
 Acara air dalam botol
 Acara bola ping pong atas sudu
 Acara pundi kacang atas kepala
 Acara makan buah-buahan
 Acara baling pundi kacang ke dalam bakul
      Selepas sahaja selesai sukaneka, ibubapa dijemput ke kantin untuk menikmati juadah yang disediakan kerana sudi hadir mengikuti program prasekolah ini. Kemudian, acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh pengerusi waris iaitu Puan Rosmah Bt. Abdul Malik kepada pemenang yang memenangi acara tersebut. 
 Encik Kamarudzaman B. Hashim berucap sebelum penyampaian hadiah

Mesyuarat Waris Kali Kedua

Tarikh  :  24 Februari 2011
Hari  :  Khamis
Masa   :   12.00 tengah hari
Tempat   :   Praelit SK Lui Muda (f)

   Agenda yang telah diperbincangkan antaranya seperti :
1) Ucapan Pengerusi sementara
2) Ucapan GPK 1
3) Mengesah dan menerima minit mesyuarat
4) Perkara berbangkit
5) Perancangan Program
6) Hal-hal lain
7) Penangguhan mesyuarat

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh   :  19 Februari 2011
Hari      :   Sabtu   
Masa    :   7.45 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat :   SK Lui Muda (f)

        Aktiviti yang telah dijalankan ialah perarakan dan selawat nabi dari kawasan sekolah hingga ke luar kawasan prasekolah. Murid dan guru bersama-sama selawat ke atas nabi dengan bersemangat. Selepas perarakan, murid akan mendengar ceramah daripada Al Fadhil Ustaz Ruzuwan B. Yaakob di dewan Sekolah Kebangsaan Lui Muda (Felda).

 Murid Praelit sebelum mendengar ceramah
            
        Kemudian, diadakan pertandingan mewarna bagi tahap satu dan pertandingan khat bagi tahap dua. Murid prasekolah telah mewarna dengan baik dan berusaha untuk memenangi pertandingan mewarna ini. Pertandingan mewarna bagi murid prasekolah telah dimenangi oleh Muhammad Ismi Ammar Bin Mohd Affandi dan telah diberikan hadiah.

  Murid Praelit semasa pertandingan mewarna

Monday 2 May 2011

SK LUI MUDA (F)

Assalammualaikum..
Nama saya Edi Mohd Ezral B. Mohammad dan penempatan pertama saya di SK Lui Muda (f) pada 7 Februari 2011. Gambar di atas ialah Praelit di mana saya akan mendidik anak-anak murid saya seramai 11 orang. Saya di bantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid iaitu Puan Noraidah Bt. Zainal Abidin.