marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Monday 30 January 2012

Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan 2012



Tarikh  :  30 Januari 2012
Hari  : Isnin
Masa   :   2.00 petang
Tempat   :   Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu

Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) ini telah disampaikan oleh Encik Mat Jasa (Unit Prasekolah JPNS) bersama dengan Encik Ramli B. Gaisun (Pegawai PPD Jempol dan Jelebu) dan Pegawai PPD Kuala Pilah. Encik Mat Jasa mengatakan masih terdapat beberapa prasekolah yang masih belum mengisi maklumat bilangan murid di dalam SMPK kerana beliau hendak mengetahui jumlah murid prasekolah di Negeri Sembilan mengikut NKRA sebanyak 87%. Selain itu, masih terdapat masalah-masalah yang telah dialami oleh guru prasekolah kerana lebihan murid yang masuk tetapi telah diselesaikan dengan jawapan yang diberikan oleh Encik Mat Jasa. Apa yang diharapkan oleh Encik Mat Jasa ialah supaya jumlah murid yang didaftarkan mestilah betul dan tepat dan perlu diubah sekiranya terdapat murid yang akan berpindah nanti.


Guru Prasekolah Yang Hadir Ke Mesyuarat

Tahun 2012

Sudah lama tidak mengemaskinikan blog Praelit. Tahun 2011 telah pergi dan masuklah Tahun 2012. Banyak tugas-tugas yang telah diberikan kepada saya melalui pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Saya berharap dapat melaksanakan tugas-tugas di Prasekolah dan juga pengurusan sekolah. Murid Praelit pada tahun 2012 ini hanya seramai 13 orang sahaja iaitu :

  1. Anis Damia Mawaddah Bt. Khairi                         (5 Tahun)
  2. Farisha Bt. Fitrizal                                                   (5 Tahun)
  3. Fatin Alya Batrisyia Bt. Shamsudin                        (5 Tahun)
  4. Firaz Muhammad Alfee B. Mohd Faizor                (6 Tahun)
  5. Mohammad Hafizuddin B. Hamdan                        (5 Tahun)
  6. Mohammad Nabil Syahmi B. M. Nizar                   (6 Tahun)
  7. Mohammad Muaz Farhan B. Norizan                     (5 Tahun) 
  8. Muhammad Afiq Helmi B. Ahmad Affendy             (6 Tahun)  
  9. Muhammad Aiman B. Abdul Rahman                     (5 Tahun)  
  10. Muhammad Aiman B. Mohammad Nadzaruddin    (6 Tahun)  
  11. Muhammad Fahrin Azzim B. Mohammad Fazli       (6 Tahun)
  12. Nur Amni Damia Bt. Mohd Zakky                           (6 Tahun) 
  13. Nur Qaseh Danisya Bt. Mohd Zamri                       (6 Tahun)