marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Sunday 7 August 2011

Projek Membina Tirai Atap Kolam Ikan

     Projek ini telah dilaksanakan pada pertengahan bulan Julai yang dibina oleh Encik Rahman (Acu) dengan menggunakan buluh sahaja. Masa untuk menyiapkan Tiang buluh ini hanya 30 minit sahaja dengan pengalaman Encik Rahman yang ada. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rahman kerana membantu membina tiang atap kolam ikan ini. Peralatan yang digunakan ialah buluh, tirai plastik hitam yang dibeli di hardware, cat minyak untuk mengecat buluh dan tali rafia untuk mengikat tirai plastik hitam.

SEBELUM


Encik Rahman meletakkan Tiang Buluh

SELEPAS

Lanskap kolam ikan selepas dicat dan diubahsuai
Ikan dan anak ikan juga diletakkan
Projek Tirai yang Telah Siap

Monday 1 August 2011

Jamuan Hari Jadi Murid Praelit Bersama Waris

 
Tarikh  :  28 Julai 2011
Hari  :Khamis
Masa   :   10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat   :   Prasekolah SK Lui Muda
 
Pada 28 Julai 2011 iaitu hari Khamis, jamuan hari jadi murid Praelit bersama waris telah dilaksanakan mengikut perancangan bersama waris menerusi mesyuarat kali kedua. Waris telah datang ke kelas prasekolah pada pukul 10.00 pagi dengan membawa makanan sekali seperti mee goreng, kuih, kek dan sebagainya. Puan Noraidah selaku Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah membuat nasi lemak ayam bersama dengan Ustazah Azima untuk menjayakan jamuan hari jadi ini. Terdapat banyak juadah yang dibawa oleh waris dan disediakan oleh PPM bersama ustazah Azima. Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koko dan guru-guru juga telah dijemput untuk menjayakan jamuan hari jadi ini. Secara keseluruhannya, jamuan hari jadi murid Praelit bersama waris telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Juadah Makanan
 
 Hadiah Murid Praelit
 
Puan Hjh. Siti Zaleha Bt Othman selaku Guru Besar memberi ucapannya

Puan Rosmah Bt. Abd. Malik selaku Pengerusi Waris memberi ucapannya


Puan Hjh. Siti Zaleha Bt. Othman memberi hadiah kepada murid Praelit

Encik Ahmad Affendy memberi hadiah kepada murid Praelit

Murid Praelit sedang menjamu selera dengan pelbagai makanan

Guru-Guru Menjamu Selera

Gotong Royong Bersama Guru dan Murid Tahap 2

Tarikh  :  9 Julai 2011
Hari  :Sabtu
Masa   :   8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat   :   Prasekolah SK Lui Muda
   Persekitaran Prasekolah telah dicat semula dengan bantuan guru dan murid tahap 2. Banyak batu bata yang telah dicat dengan cantik dan juga mural di dinding prasekolah. Dengan bantuan guru dan murid tahap 2, secara tidak langsung dapat mempercepatkan kerja mengecat di bahagian luar prasekolah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan murid tahap 2 yang sudi membantu mengecat balik prasekolah ini.

Laluan ke Taman Permainan
 Dinding Prasekolah Elit
 Kawasan Tanaman Sayur
 Mural Dinding Sekolah