marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Sunday 17 July 2011

Klinik Gigi Bahau

 
Tarikh  :  1 Julai 2011
Hari  : Jumaat
Masa   :   10.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat   :   Padang SK Lui Muda
 
Klinik Pergigian dari Bahau telah datang ke Sekolah Kebangsaan Lui Muda (f) pada pukul 10.00 pagi sebelum murid prasekolah berehat untuk makan pagi. Murid prasekolah telah berkumpul di kantin dengan membawa berus gigi, ubat gigi dan cawan untuk mengikuti sesi memberus gigi dengan cara yang betul. Murid prasekolah telah diajar oleh jururawat dengan menggunakan model gigi yang besar supaya murid dapat mengikuti gigi yang mana perlu digosok terlebih dahulu.
            Secara keseluruhannya, murid dapat mengikuti sesi memberus gigi ini kerana jururawat dapat mengajar murid dengan jelas dan teratur. 

Peralatan sebelum memberus gigi
Murid Prasekolah memberus gigi

Sukan Sekolah Kebangsaan Lui Muda

Tarikh  :  28 Jun 2011
Hari  : Selasa
Masa   :   9.00 pagi - 9.30 pagi
Tempat   :   Padang SK Lui Muda

Sukaneka sukan sekolah bagi murid Prasekolah telah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 9.30 pagi dan sukaneka ini telah berjalan dengan lancar dengan bantuan Cikgu Noraini Binti Hashim kerana saya mengikuti kursus pembinaan blog di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Antara acara-acara diadakan hanya 3 acara sukaneka iaitu lari berhalangan, lari 50 meter dan mengumpul gula-gula. Murid prasekolah dapat melakukan acara ini kerana telah berlatih dua minggu lebih awal supaya murid dapat tahu pergerakan untuk sukaneka ini.
            Ketiga-tiga acara sukaneka ini telah diberikan pingat oleh Cikgu Rahimah Binti Ahmad selaku Guru Penolong Kokurikulum. Acara lari 50 meter ini telah dimenangi oleh Muhammad Ismi Ammar B. Mohd Affandi manakala lari berhalangan dimenangi oleh kumpulan 1.
 Secara kesuluruhannya, sukaneka Prasekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan ribuan terima kasih kepada Cikgu Noraini Binti Hashim kerana menolong menjayakan sukaneka prasekolah ini.

Fatin Alya Batrisyia menerima pingat daripada Cikgu Rahimah Binti Ahmad
 Mohammad Ammar Anaqqy menerima pingat yang dimenangi

Siti Aishah menerima pingat lari berhalangan

Saturday 9 July 2011

Kursus Pembinaan Blog Prasekolah

Tarikh  :  26 - 28 Jun 2011
Hari  : Ahad hingga Selasa
Masa   :   8.30 pagi - 10.30 malam
Tempat   :   Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Kursus pembinaan blog ini yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Unit Prasekolah amat bermakna kepada guru-guru prasekolah kerana memberi ilmu baru bagaimana cara-cara membuat blog prasekolah. Pembinaan blog ini telah ditunjuk ajar oleh Encik Shuhaimi B. Abd. Halim (Ketua Unit ICT) bersama Jurulatih Utama iaitu Encik Ezatputra, Encik Fadzli, Puan Mashita dan Puan Yusrina. Pembinaan blog ini telah ditunjuk daripada mula lagi iaitu membuat pendaftaran email blog terlebih dahulu, kemudian mencipta blog, pemilihan template dan mengemaskini isi kandungan. Ribuan terima kasih terima kasih terutamanya Encik Sezali B. Mohd Kamal (Ketua Unit Prasekolah), Puan Noraini Bt Wahi (Penyelia Kanan Prasekolah) dan Puan Suzana yang bertungkus lumus mengadakan kursus yang terbaik ini.