marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Monday 13 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Tarikh  :  10 Februari 2012
Hari  : Jumaat
Masa   :   8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat   :   Sekolah Kebangsaan Lui Muda (f)


Pada 10 Februari 2012 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Aktiviti yang telah dijalankan ialah perarakan dan selawat nabi dari kawasan sekolah hingga ke luar kawasan prasekolah. Murid, guru dan penduduk Lui Muda bersama-sama selawat ke atas nabi dengan penuh bersemangat. Dijangka yang telah mengikuti sambutan Maulidur Rasul di Lui Muda ini seramai 200 orang. Selepas perarakan, murid akan mendengar ceramah selama satu jam tiga puluh minit daripada Tuan Haji Yusof B. Tahir dari Kadi Daerah Rembau. Murid telah diberikan cerita berkaitan dengan Rasululah kerana Rasulullah adalah contoh bagi umat islam. Ceramah ini telah berjaya dilaksanakan dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah ini. Kemudian, diadakan penyampaian hadiah mewarna bagi tahap satu dan pertandingan khat bagi tahap dua. Murid prasekolah telah bersama mendengar ceramah yang diberikan oleh Tuan haji Yusof B. Tahir. Secara keseluruhan, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh Penduduk Lui Muda.

Murid Prasekolah Yang Hadir

Penduduk Lui Muda

Perarakan Murid

Perarakan dan Selawat Nabi

No comments:

Post a Comment