marquee

72120 Bandar Seri Jempol, N.S.D.K Telefon :06-4691004 Faks : 06-4692876

Thursday 21 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Tarikh   :  25 Januari 2013
Hari      :   Jumaat   
Masa    :   8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat :   SK Lui Muda (f)

Pada 25 Januari 2013 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Aktiviti yang telah dijalankan ialah perarakan dan selawat nabi dari kawasan sekolah hingga ke luar kawasan prasekolah. Murid, guru dan penduduk Lui Muda bersama-sama selawat ke atas nabi dengan penuh bersemangat. Dijangka yang telah mengikuti sambutan Maulidur Rasul di Lui Muda ini seramai 180 orang. Selepas perarakan, murid akan mendengar ceramah selama satu jam tiga puluh minit daripada penceramah imam masjid. Tema yang diberikan ialah Rasulullah S.A.W pemimpin unggul sepanjang zaman. Murid telah diberikan cerita berkaitan dengan Rasululah kerana Rasulullah adalah contoh bagi umat islam. Ceramah ini telah berjaya dilaksanakan dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah ini. Kemudian, diadakan penyampaian hadiah untuk mewarna bagi tahap satu dan pertandingan khat bagi tahap dua. Murid prasekolah juga terlibat dalam program ini. Secara keseluruhan, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh Penduduk Lui Muda.

Berkumpul sebelum perarakan

Perarakan dan Selawat Nabi


No comments:

Post a Comment